27 July, 2015

Riang raya 2015

As salam , 

Wah lama sungguh tidak buka blog ni. Hampir terlupa sekejap yang saya ada blog. (wakaka ayat minta penampor).

Belum terlambat rasanya saya nak wish selamat hari raya aidilfitri kepada seluruh umat Islam yang meraikan raya tahun ini. Sesiapa yang buat 'open house' sila jemput saya ok? hehe. tapi syaratnya menu korang mesti ada rendang dan lemang..yummy, sedapnya.. erkk tetiba kan.haha

Tapi kalau menu raya di Kelantan, keluarga kami biasa akan hidangkan roti jala makan bersama kuzi. Siapa orang kelantan pasti tahu kuzi tu apa. Sedap hingga menjilat jari especially kalau mama ku yang masak. Terasa kesedapan hingga ke dalam tekak..haha

Tapi kalau di Terengganu, saya sangat suka makan Nasi dagang belah sana, sedap dan kena dengan selera ku. Menetap empat tahun di sana membuatkan diriku sebati dengan makanan dan loghat di sana. Kawan-kawan yang baik dan ' sporting'. Semua itu tak mudah untuk ku lupakan. Thanks for being my friends buat kawan- kawan di sana. 

Last but not least selamat hari raya buat semua bloggers..semoga ukhwah di antara kita sentiasa terjalin erat.

Gambar  throw back first raya..hehe





Jumpa lagi untuk next entry ( tu pun lau mood rajin mai nak menulis haha )





Love, 

Ely Mirsada..


No comments:

Post a Comment

tq for your comment...muachh ckit..hee