27 March, 2015

Perginya 3 sekali gus

As salam...

15/3/2015 yang lalu merupakan hari sedih buat aku. Kura-kura aku 3 ekor iaitu tappy , nada dan alex mati keras dan kaku. Bukan senang untuk menerima kerana tiada sakit ape pun..perginya 3 sekali gus..Sungguh berat untuk aku menerima ini semua.

Puas di fikir apa puncanya, namun tiada jawapan kerana aku tiada di saat 'mereka' pergi..hurmm..berjujuran air mata gugur rasa perit sangat kehilangan sebab sangat lama bersama. Aku jaga dengan penuh kasih sayang. Tetapi mungkin sampai masa 'mereka' pergi menemui pencipta.

Hanya yang ada memori dan kenangan yang tidak akan mungkin luput sampai bila-bila. Apabila terkenang pasti gambar menjadi tatapan. Memelihara 'mereka' adalah waktu yang sangat indah..dari kecil hingga membesar, perkembangan itu sesuatu fasa yang menyeronokkan

Apapun kesakitan yang dialami pasti akan ku bawa ke klinik kerana tidak mahu 'mereka' menanggung derita. Namun aku berharap kita bertemu lagi walau hanya dalam mimpi.





 





Love,

Ely mirsada..

No comments:

Post a Comment

tq for your comment...muachh ckit..hee