27 March, 2015

Perginya 3 sekali gus

As salam...

15/3/2015 yang lalu merupakan hari sedih buat aku. Kura-kura aku 3 ekor iaitu tappy , nada dan alex mati keras dan kaku. Bukan senang untuk menerima kerana tiada sakit ape pun..perginya 3 sekali gus..Sungguh berat untuk aku menerima ini semua.

Puas di fikir apa puncanya, namun tiada jawapan kerana aku tiada di saat 'mereka' pergi..hurmm..berjujuran air mata gugur rasa perit sangat kehilangan sebab sangat lama bersama. Aku jaga dengan penuh kasih sayang. Tetapi mungkin sampai masa 'mereka' pergi menemui pencipta.

Hanya yang ada memori dan kenangan yang tidak akan mungkin luput sampai bila-bila. Apabila terkenang pasti gambar menjadi tatapan. Memelihara 'mereka' adalah waktu yang sangat indah..dari kecil hingga membesar, perkembangan itu sesuatu fasa yang menyeronokkan

Apapun kesakitan yang dialami pasti akan ku bawa ke klinik kerana tidak mahu 'mereka' menanggung derita. Namun aku berharap kita bertemu lagi walau hanya dalam mimpi.





 





Love,

Ely mirsada..

rawatan untuk my lovely Nahar..


As salam bloggers,

Hari ini aku bawa Nahar pergi ke klinik veteriner. Since aku balik dari penang hari tu Nahar sakit, lesu dan lemah je. Langsung tak makan dan matanya memang tak boleh buka. Aku memang lemah berdebar dan takut. Takut memikirkan kesakitan nahar.

Aku gagahkan diri untuk pergi ke vet dan akhirnya aku jumpa sebuah klinik di tunjong. Kota Bharu Veterinary Centre. Syukur Dr kat situ merawat semua jenis haiwan. Lega mendengar kura-kura boleh dirawat di situ. Aku di beri beberapa ubat. Ini adalah rawatan kali ke-2 aku ke sana.

Thanks Dr Azila for your kindness. Aku sangat menghargai layanan yang diberi serta ubat-ubat yang diberi tanpa kimia semuanya natural dan herba. I hope nahar will recover soon. Luluh hati ini melihat kesakitan yang terpaksa di tanggungnya. 

Nahar...i will always love u..For those yang tinggal di Kota Bharu boleh ke KBVC KOTA BHARU VETERINARY CENTRE. Highly recommend..no telefon 09-7126654.

Moga nahar cepat sembuh ye nanti boleh main-main dengan tappy, nada and alex..








Love,

Ely mirsada..