06 January, 2015

1ST MINI GIVEAWAY BY IRA




As salam...

join thIS  GA by ira..

click this link to join mini GA



Love,

Ely mirsada..

Surut sudah...

As salam bloggers....

First entry untuk tahun baru ni..sudah menjengah ke tahun 2015 kita kan..dalam tak sedar banyak perkara dah berlaku dalam tahun 2014.

Kami di sini baru melepasi air bah aka banjir khususnya di Kelantan. Saat getir itu melanda hampir seluruh daerah di Kelantan..kuala karai adalah daerah yang terjejas teruk.Apa yang mengejutkan aku kawasan aku juga dilanda banjir namun kediaman aku masih lagi selamat tanpa sebarang banjir namun melihat rumah jiran dimasuki air memang mendebarkan..

Namun syukur pada ALLAH kerana rumah aku tidak dibanjiri air hanya melimpah di luar pagar rumah dan surut dengan cepat..bandar Kota Bharu memang ditenggelami air..hampir semua kawasan lumpuh kami terputus hubungan dengan dunia luar apabila elektrik di putuskan akibat banjir yang melanda.No connection no WIFI...mandi hanya degan air telaga rumah jiran.

Pengalaman yang mahal  mandi air telaga..tak pernah terlintas untuk angkut air berbaldi-baldi untuk simpanan di malam hari. Selama 8 hari elektrik tidak ada. Malam hanya bertemankan lilin dan juga lampu yang menggunakan bateri. Tidur juga tidak nyenyak takut memikirkan air naik. Bunyi hujan juga sudah cukup menakutkan aku..bukan apa takut banjir kian banyak.

Banjir yang tak pernah terlintas di fikiran kami..entah dari mana air datang, kawasan yang tidak pernah banjir namun turut banjir.Pelik namun itu kuasa tuhan yang tidak dapat kita menidakkannya. Begitu kerdil diri apabila didatangi oleh air dikepung oleh air, manusia tidak mampu untuk melawan. Namun aku bersyukur kerana masih diberi peluang untuk hidup walaupun banyak nyawa telah terkorban dari musibah ini.

Detik-detik air memenuhi kawasan rumah jiran-jiran ku.Keadaan itu amat mencemas diriku.





Moga untuk tahun-tahun akan datang monsun timur laut tidak lagi mengganas teruk..




Love,

Ely mirsada..