27 July, 2015

Riang raya 2015

As salam , 

Wah lama sungguh tidak buka blog ni. Hampir terlupa sekejap yang saya ada blog. (wakaka ayat minta penampor).

Belum terlambat rasanya saya nak wish selamat hari raya aidilfitri kepada seluruh umat Islam yang meraikan raya tahun ini. Sesiapa yang buat 'open house' sila jemput saya ok? hehe. tapi syaratnya menu korang mesti ada rendang dan lemang..yummy, sedapnya.. erkk tetiba kan.haha

Tapi kalau menu raya di Kelantan, keluarga kami biasa akan hidangkan roti jala makan bersama kuzi. Siapa orang kelantan pasti tahu kuzi tu apa. Sedap hingga menjilat jari especially kalau mama ku yang masak. Terasa kesedapan hingga ke dalam tekak..haha

Tapi kalau di Terengganu, saya sangat suka makan Nasi dagang belah sana, sedap dan kena dengan selera ku. Menetap empat tahun di sana membuatkan diriku sebati dengan makanan dan loghat di sana. Kawan-kawan yang baik dan ' sporting'. Semua itu tak mudah untuk ku lupakan. Thanks for being my friends buat kawan- kawan di sana. 

Last but not least selamat hari raya buat semua bloggers..semoga ukhwah di antara kita sentiasa terjalin erat.

Gambar  throw back first raya..hehe





Jumpa lagi untuk next entry ( tu pun lau mood rajin mai nak menulis haha )





Love, 

Ely Mirsada..


27 March, 2015

Perginya 3 sekali gus

As salam...

15/3/2015 yang lalu merupakan hari sedih buat aku. Kura-kura aku 3 ekor iaitu tappy , nada dan alex mati keras dan kaku. Bukan senang untuk menerima kerana tiada sakit ape pun..perginya 3 sekali gus..Sungguh berat untuk aku menerima ini semua.

Puas di fikir apa puncanya, namun tiada jawapan kerana aku tiada di saat 'mereka' pergi..hurmm..berjujuran air mata gugur rasa perit sangat kehilangan sebab sangat lama bersama. Aku jaga dengan penuh kasih sayang. Tetapi mungkin sampai masa 'mereka' pergi menemui pencipta.

Hanya yang ada memori dan kenangan yang tidak akan mungkin luput sampai bila-bila. Apabila terkenang pasti gambar menjadi tatapan. Memelihara 'mereka' adalah waktu yang sangat indah..dari kecil hingga membesar, perkembangan itu sesuatu fasa yang menyeronokkan

Apapun kesakitan yang dialami pasti akan ku bawa ke klinik kerana tidak mahu 'mereka' menanggung derita. Namun aku berharap kita bertemu lagi walau hanya dalam mimpi.





 





Love,

Ely mirsada..

rawatan untuk my lovely Nahar..


As salam bloggers,

Hari ini aku bawa Nahar pergi ke klinik veteriner. Since aku balik dari penang hari tu Nahar sakit, lesu dan lemah je. Langsung tak makan dan matanya memang tak boleh buka. Aku memang lemah berdebar dan takut. Takut memikirkan kesakitan nahar.

Aku gagahkan diri untuk pergi ke vet dan akhirnya aku jumpa sebuah klinik di tunjong. Kota Bharu Veterinary Centre. Syukur Dr kat situ merawat semua jenis haiwan. Lega mendengar kura-kura boleh dirawat di situ. Aku di beri beberapa ubat. Ini adalah rawatan kali ke-2 aku ke sana.

Thanks Dr Azila for your kindness. Aku sangat menghargai layanan yang diberi serta ubat-ubat yang diberi tanpa kimia semuanya natural dan herba. I hope nahar will recover soon. Luluh hati ini melihat kesakitan yang terpaksa di tanggungnya. 

Nahar...i will always love u..For those yang tinggal di Kota Bharu boleh ke KBVC KOTA BHARU VETERINARY CENTRE. Highly recommend..no telefon 09-7126654.

Moga nahar cepat sembuh ye nanti boleh main-main dengan tappy, nada and alex..








Love,

Ely mirsada..




15 February, 2015

Tiada ku sangka...

As salam bloggers,

Agak lama tidak mencoretkan apa-apa di sini.Baru- baru ini telah terjadi sesuatu di luar dugaan..ujian yang berat untuk di tanggung..melibatkan perhubungan keluarga. Fitnah di lemparkan tanpa segan silu. Sungguh kurang ajar lagaknya mengucapkan setiap kata-kata tanpa berfikiran dengan waras.

Api panas membara di dalam diri setip ahli keluarga ku dan kami tidak akan sesekali melupakan peristiwa ini dan juga tidak akan memaafkan sesiapa sahaja yang telah menjentik atau mengasari setiap daripada kami. Akan kami pertahankan sedaya mungkin. Jangan di jentik andai tidak mahu sesuatu yang buruk berlaku.

Cukup setakat ini sahaja silaturahim yang dibina..kerana kau tidak berhak untuk mendapat yang lebih baik. Ingatlah doa yang teraniaya akan dimakbulkan oleh Allah kerana tiada hijab di antaranya. Masa akan menentukan segalanya. Hidup mu kelak akan ditentukan oleh apa yang telah kau buat. Kamu sekeluarag akan mendapat balasan yang setimpal dengan apa yang telah kau lakukan terhadap keluarga ku.

Ikutkan hati mahu sahaja aku m******ng biar tau rasa kamu. Namun aku punya kewarasan..tapi jika terserempak tahulah nasib mu. Perkataan tidak mengenang budi lebih tepat buat kamu sekeluarga dan aku akan benci seluruh keturunan mu..

PENAMPILAN TIDAK SEMESTINYA MENCERMINKAN AKHLAK YANG BAIK. atau dalam kata lain bertudung berjubah belum tentu mulut dan hati baik. Sila malu pada pakaian anda sebelum bertindak. Amat menyampah dengan perlakuan seperti ini.



Image result for dendam


p/s : orang buat baik kita buat baik,.tapi jika tidak sebaliknya akan berlaku




Love,

Ely mirsada..

06 January, 2015

1ST MINI GIVEAWAY BY IRA




As salam...

join thIS  GA by ira..

click this link to join mini GA



Love,

Ely mirsada..

Surut sudah...

As salam bloggers....

First entry untuk tahun baru ni..sudah menjengah ke tahun 2015 kita kan..dalam tak sedar banyak perkara dah berlaku dalam tahun 2014.

Kami di sini baru melepasi air bah aka banjir khususnya di Kelantan. Saat getir itu melanda hampir seluruh daerah di Kelantan..kuala karai adalah daerah yang terjejas teruk.Apa yang mengejutkan aku kawasan aku juga dilanda banjir namun kediaman aku masih lagi selamat tanpa sebarang banjir namun melihat rumah jiran dimasuki air memang mendebarkan..

Namun syukur pada ALLAH kerana rumah aku tidak dibanjiri air hanya melimpah di luar pagar rumah dan surut dengan cepat..bandar Kota Bharu memang ditenggelami air..hampir semua kawasan lumpuh kami terputus hubungan dengan dunia luar apabila elektrik di putuskan akibat banjir yang melanda.No connection no WIFI...mandi hanya degan air telaga rumah jiran.

Pengalaman yang mahal  mandi air telaga..tak pernah terlintas untuk angkut air berbaldi-baldi untuk simpanan di malam hari. Selama 8 hari elektrik tidak ada. Malam hanya bertemankan lilin dan juga lampu yang menggunakan bateri. Tidur juga tidak nyenyak takut memikirkan air naik. Bunyi hujan juga sudah cukup menakutkan aku..bukan apa takut banjir kian banyak.

Banjir yang tak pernah terlintas di fikiran kami..entah dari mana air datang, kawasan yang tidak pernah banjir namun turut banjir.Pelik namun itu kuasa tuhan yang tidak dapat kita menidakkannya. Begitu kerdil diri apabila didatangi oleh air dikepung oleh air, manusia tidak mampu untuk melawan. Namun aku bersyukur kerana masih diberi peluang untuk hidup walaupun banyak nyawa telah terkorban dari musibah ini.

Detik-detik air memenuhi kawasan rumah jiran-jiran ku.Keadaan itu amat mencemas diriku.





Moga untuk tahun-tahun akan datang monsun timur laut tidak lagi mengganas teruk..




Love,

Ely mirsada..