10 November, 2014

Maruah terpelihara

As salam bloggers yang di kasihi.

Moga kalian semua dirahmati oleh Allah hendaknya,jom tengok hadis di bawah


Pembaca sekalian (ada ke orang baca blog aku,heheh) buat kaum hawa dan juga buat diriku..kadang-kadang kita mengambil enteng tentang perkara ini walaupun sudah banyak kita dengari bahawa tutup la aurat mu..namun kata-kata itu seolah-olah tiada makna buat kita.

Mungkin aku agak lewat menutup aurat yakni memakai tudung..aku mulai bertudung semasa umur ku 17 tahun.Alhamdulillah kini aku sudah mula bertudung dengan sempurna iaitu menutupi paras dada.

Aku bersyukur kerana Allah tidak membiarkan diriku hanyut lebih jauh..dibukakan hatiku untuk ke arah itu dan aku belajar untuk menjaga aurat dengan sesempurna mungkin even masih tidak sempurna lagi setakat ini.

Apa yang ingin aku kongsikan di sini ialah mengapa pentingnya kita menutup aurat? Salah satunya adalah untuk membezakan kita dengan kaum bukan Islam.Selain itu, untuk melindungi diri kita daripada menjadi keghairahan nafsu lelaki.Sebab itu lah sekiranya aurat di jaga maruah kita akan terpelihara.

Hurmm rasanya entry yang ku tulis ni nampak macam skema je dari sebelum ni..haha..maybe susunan ayat kot..(abaikan..).Jadi aku mengajak kaum hawa untuk sama-sama berubah ke arah kebaikan..menutup aurat bukan sahaja bertudung tetapi ia merangkumi keseluruhan tubuh kecuali tapak tangan dan juga muka.

Bukan sahaja kita wajib menutup aurat namun kita juga seharusnya mengelakkan daripada mengumpat dan bergosip yang bukan-bukan kerana amatlah tidak sesuai dengan penampilan mu yang bertudung.Sekiranya kamu tidak bertudung sekali pun jauhilah mengumpat kerana ianya tidak disukai oleh Allah.


Maaf jika entry ku kali ini ada yang menyinggung perasaan sesiapa.Namun niatku hanyalah untuk kita berubah ke arah lebih baik dan menikmati suruhan Allah dengan lapang dada.


Kita hidup cuma sekali dan sesungguhnya aku merasa sangat takut berdepan denganNya kerana dosa-dosa ku ini.

Moga berjumpa di lain entry..



Love,

Ely mirsada..

10 comments:

  1. Alhamdulillah .. Moga istiqomah dlm pnghijrahan .. :)
    Msih ada pluang untuk kta slagi ALLAH bgi nikmat hdup kt kta ..
    Cpat lmbt pnghijrahan sseorang tu .. kta hnya mnghrapkan pengakhiran yg khusnul khatimah. :D
    Ska entry ni ^^

    ReplyDelete
  2. Semoga menjadi contoh ikutan bagi mereka yang belum berhijab :)

    ReplyDelete
  3. alhamdulillah. semoga kita semua istiqomah dan sentiasa perbaiki diri dalam pemakaian dan pertuturan.

    ReplyDelete
  4. Moga kita sentiasa dalam golongan yg sentiasa menjaga aurat :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. invisible me: amin..tq drop here

      Delete
  5. Alhamdulillah, moga terus istiqomah. In shaa Allah tak lama lg kita dapat tutup aurat dngn sempurna. Amiiinn..

    ReplyDelete

tq for your comment...muachh ckit..hee