12 December, 2014

kegilaan aiskrim kelapa

As salam..

Petang ni duk bersantai bersama keluarga sambil menikmati aiskrim kelapa aka nyor...haha.

Lokasi restoran sapuroh depan wisma kelantan..ramai gak orang hari ni..maklum la hari minggu kan..

Jom order..yeahaaa...ni rupa aiskrim yang di nanti

Tadaaa...


Cantik dan berselera..haha..sedap betul laa..memang menjadi kegilaan aku..bila ada masa nak try tempat lain pula..

Next location wakaf bharu kot..dengar khabar kat situ pun famous benda alah ni..

Ok guys...selamat beristirehat semua..




Love,

Ely mirsada..

03 December, 2014

Skirt floral anggun....cun wehhh

As salam bloggers...

Just to update my new item..skirt floral anggun

Jom grab sebelum melopong..haha

Hanya RM26 sahaja..kalau beli 2 pasang dapat FREE shawl..




Apalagi..jom beli whatsapp or msg to 0134140051...




Love,

Ely mirsada...



24 November, 2014

sesal separuh nyawa....

As salam bloggers..

JOm layan lirik lagu alyah nie........

best gak dengar..hee

Andai pastinya ku tahu
Takkan aku tinggalkanmu
Namun masih keliru teringat masa lalu

Tetap tiada kulupakan
Indah setiap sentuhan
Cinta yang kau tinggalkan
Kekalnya berdampingan

Mana harusku hamparkan
Rindu tiada kesudahan
Sesal biar separuh nyawa
Takkan hilang

Masih terasa nafasmu
Lembut menusuk jiwaku
Dengan dihembus bayu
Membawa khabar rindu


Tapi sulit kuteruskan
Engkau jauh kehadapan
Aku, tabah berjalan sembunyikan harapn

Mana harusku hamparkan
Rindu tiada kesudahan
Sesal biar separuh nyawa
Takkan hilang

Separuh nyawamu dihati
Separuh lagi kau bawa pergi
Tiada arah jodoh kita
Tuhan tentu… kannya

Mana harusku hamparkan
Rindu tiada kesudahan
Sesal biar separuh nyawa
Takkan hilang



Love,

Ely mirsada..

22 November, 2014

8 perhiasan untuk tampil menawan

As salam bloggers,

Hari ni nak update pasal menawan lagi tertawan..eh?? haha..tak adalah saja nak berkongsi sesuatu yang baik.

Let's check out apa ke benda lapan perhiasan tu..

~ Menjaga diri daripada meminta-minta MERUPAKAN PERHIASAN KPD kefakiran

~ Bersyukur kepada Allah MENJADI PERHIASAN KPD nikmat yang dikurniakan Allah

~ Bersabar ADALAH PERHIASAN KETIKA menghadapi musibah

~ Tawaduk ADALAH PERHIASAN UNTUK kemuliaan keturunan

~ Beradab ADALAH PERHIASAN UNTUK penuntut ilmu

~ Tidak sombong ADALAH PERHIASAN UNTUK seorang pelajar

~ Tidak mengungkit-ungkit MENJADI PERHIASAN BAGI kebaikan

~ Khusyuk MERUPAKAN PERHIASAN UNTUK  solat



Ok guys..sama-sama kita beramal ke arah kebaikan..jumpa lagi..


Sumber : majalah solusi




Love,

Ely mirsada..

Mirsada collection

As salam my beloved bloggers,

Malam ni nak introduce my fb page iaitu Mirsada collection.Buat masa ni I'm selling shawl like end curve shawl, printed shawl and crumple shawl..baru je buat page ni, so I need your support everybody..

Jemput untuk like my page hokess.

Mirsada Collection








If any inquire or to purchase just whatsapp or msg me 0134140051..don't worry service tip top and you guys will be satisfied.This is limited..1 design only 1 pcs/item ready stock.So hurry up dear..



Love,

Ely mirsada...

15 November, 2014

surah amalan- ibu mengandung

As salam

Erkk tengah malam baru sempat update blog..hehe..(sesiapa yang tak tidur lagi sila angkat kaki..haha)

Ok untuk entry kali ini I nak kongsi surah-surah amalan  untuk para ibu yang mengandung hokess..

SURAH AL FATIHAH:

- Untuk terang hati dan kuat daya ingatan

SURAH LUQMAN

-Untuk memperoleh anak yang cerdik akal dan jiwanya

SURAH AL HUJURAT

- Untuk memperbanyakkan susu ibu dan sifat berhati-hati (anak)

SURAH AL TAUBAH 

- Untuk membersihkan jiwa dan memelihara diri dari maksiat

SURAH MARYAM

- Untuk memudahkan ibu bersalin dan memperoleh anak yang soleh

SURAH YUSUF

- Untuk memperoleh anak yang cantik rupa dan cantik akhlak

SURAH YASIN

- Untuk ketenangan hati dan anak jauh dari godaan Iblis dan syaitan

SURAH AN NAHL

- Untuk melahirkan anak yang berdisplin 


Oklah pembaca sekalian..setakat ini sahaja entry ku malam ini.Moga perkongsian ini bermakna buat ibu-ibu yang mengandung di luar sana dan juga persediaan buat bakal-bakal ibu..ahakkss.

.Gudnite korang..muachh ckit..haha





Love,

Ely mirsada..

10 November, 2014

Maruah terpelihara

As salam bloggers yang di kasihi.

Moga kalian semua dirahmati oleh Allah hendaknya,jom tengok hadis di bawah


Pembaca sekalian (ada ke orang baca blog aku,heheh) buat kaum hawa dan juga buat diriku..kadang-kadang kita mengambil enteng tentang perkara ini walaupun sudah banyak kita dengari bahawa tutup la aurat mu..namun kata-kata itu seolah-olah tiada makna buat kita.

Mungkin aku agak lewat menutup aurat yakni memakai tudung..aku mulai bertudung semasa umur ku 17 tahun.Alhamdulillah kini aku sudah mula bertudung dengan sempurna iaitu menutupi paras dada.

Aku bersyukur kerana Allah tidak membiarkan diriku hanyut lebih jauh..dibukakan hatiku untuk ke arah itu dan aku belajar untuk menjaga aurat dengan sesempurna mungkin even masih tidak sempurna lagi setakat ini.

Apa yang ingin aku kongsikan di sini ialah mengapa pentingnya kita menutup aurat? Salah satunya adalah untuk membezakan kita dengan kaum bukan Islam.Selain itu, untuk melindungi diri kita daripada menjadi keghairahan nafsu lelaki.Sebab itu lah sekiranya aurat di jaga maruah kita akan terpelihara.

Hurmm rasanya entry yang ku tulis ni nampak macam skema je dari sebelum ni..haha..maybe susunan ayat kot..(abaikan..).Jadi aku mengajak kaum hawa untuk sama-sama berubah ke arah kebaikan..menutup aurat bukan sahaja bertudung tetapi ia merangkumi keseluruhan tubuh kecuali tapak tangan dan juga muka.

Bukan sahaja kita wajib menutup aurat namun kita juga seharusnya mengelakkan daripada mengumpat dan bergosip yang bukan-bukan kerana amatlah tidak sesuai dengan penampilan mu yang bertudung.Sekiranya kamu tidak bertudung sekali pun jauhilah mengumpat kerana ianya tidak disukai oleh Allah.


Maaf jika entry ku kali ini ada yang menyinggung perasaan sesiapa.Namun niatku hanyalah untuk kita berubah ke arah lebih baik dan menikmati suruhan Allah dengan lapang dada.


Kita hidup cuma sekali dan sesungguhnya aku merasa sangat takut berdepan denganNya kerana dosa-dosa ku ini.

Moga berjumpa di lain entry..



Love,

Ely mirsada..

06 November, 2014

Naked 3 ?

As salam....

Harap sihat semuanya...haha..dah kenapa I gelak??

Ok tengok title my entry tu..act its a cosmetic product hokess...smlm terima barang yang aku beli dari ig shop, which is an eyeshadow..

Jom usha cam ne rupa benda nih..hee




Produk ni daripada urban decay dan memang nama eyeshadownye naked.Why naked? tu korang kena tanya empunya company tu la..hee.

Jatuh cinta dengan colornya,soft and not striking.Actually they have naked 1 until naked 5..if i'm not mistake.Hari ni dah cuba pakai..ok thumbs up..sesuai je dengan muka ku ni..

So for those yang nak beli barang makeup boleh la godek-godek ig shop ni @adamell_chanteqshoppe

Pasti tak menyesal dan rambang mata tengok barang-barangnya..(bajet sume orang suka shoping cam I...hee)

Ok...done for today..




Love,

Ely mirsada...

01 November, 2014

paling bisu



As salam guys...

short update :-)

paling bisu...tq dear dedicate this song for me

i love it..originally compose by him..

feeling jiwang karat memalam buta..haha

korang jangan jeolous hokess..



ok la...see uolls utk next entry





Love,

Ely mirsada..


29 October, 2014

say no to "murtad"

As salam bloggers,

Hi bloggers yang cun..(yang rs cun sila angkat tangan,heheh)

Wow...pe tajuk ni??cam serius je kan..memang serius pun.Alkisahnya hari tu terbelek majalah sekolah dalam tu ada ruangan cerpen pendek based on kisah benar gak rasanya.Isu pasal murtad..

Do you know guys..girl yang murtad tu daripada latar belakang yang mempunyai pendidikan agama yang tinggi..her appearance berjubah dan berniqab if i'm not mistake..but because of  LOVE she blind dan sanggup tinggalkan agama Islam yang dianuti sejak kecil lagi dan sanggup tinggalkan her parent because of that GUY..

Aku juga tidak sempurna namun aku sebolehnya tidak akan meninggalkan agama ku hanya kerana cinta kepada orang asing yang beragama lain.Nowadays, memang banyak dugaan yang datang untuk mengelirukan kita umat Islam.Jika kita tidak punya ilmu dalam agama tanyalah kepada yang pakar kerana mereka lebih tahu daripada kita.Minta lah dengan Allah Dia akan tunjuk apa yang terbaik untuk kita.

Untuk gadis yang sedang bercinta dengan mat saleh or anyone yang beragama lain..

Ni nasihat aku untuk korang:

- Selidik dulu apa NIAT dia orang..apa betul ikhlas mencintai anda or sekadar untuk dipermainkan        sahaja
- Jangan mudah termakan dengan pujuk rayunya untuk menukar agama dengan alasan apa pun
- Say no to love yang akan memurtadkan anda
- Share dengan parent minta pendapat dia orang..jangan memandai-mandai untuk membuat keputusan    sendiri
- Be clever..kita wanita Islam seharusnya bijak sebab apa?sebab agama kita cukup sempurna dan kita    tidak perlukan agama lain.
- Its not COOL to change the religion...tidak hebat hokess..

Renungkanlah wahai para pemuda dan pemudi jangan kerana CINTA agama kita menjadi taruhan.Kuatkan lah semangat dan jatidiri kita dengan ilmu dan tepiskanlah anasir-anasir yang tidak ingini.

"Bukan semua yang kita nak itu baik untuk kita..kerana Allah lebih mengetahui daripada kita", Apa  yang DIA aturkan sememangnya sudah terbaik untuk kita.Hukum orang yang murtad sesungguhnya  sangat lah berat.




* bukan hendak menjadi ustazah namun bukankah saling mengingati sesama saudara Islam itu perlu?


Ok guys..see uolss next entry k..





Love,

Ely mirsada..

27 October, 2014

LIEBSTER AWARD - Taged BY ZIANA BEAUTY SHOPPE


hye ziana..tq tag..hahah

sesi menjawab soalan..ok here we go..

1. Kenapa anda berblog? 

- sebab nak berkongsi cerita 

2. Pengalaman paling manis dalam hidup anda? 
- apabila bersama dengan org yang menyangi sy

3. Suka drama korea dan cerita apa paling anda suka? 
- bukan peminat tegar drama korea namun suka tgk cerita autumn in my heart

4. Anda peminat Running Man? 
- tidak

 5. Pernah makan supplemen Shaklee dan supplemen pertama yang anda makan ialah..
- viatmin C

6. Senaraikan 5 rukun Islam 
- mengucap dua kalimah syahadat
- sembayang 5 waktu
- berpuasa sebulan di bulan Ramadhan
- menunaikan haji bg yang mampu
- menunaikan zakat

7. Handphone idaman anda ialah.
- belum ada handphone idaman  

8. Anda peminat novel? Novel paling saya minat ialah
- novel genre seram

9. Pernahkah anda melawat Sarawak? 
- belum

10.  Suka makan kek lapis Sarawak dan kenapa?
- suka sebab rasanya sedap

11. Pendapat anda tentang blog Cik G?? (jujur jawab yer hihi)
- simple dan yang paling penting blog tak berat cpt loading

ok done...




Love,

Ely mirsada..


"Segmen New Friendlist Cikgu Farha"


hye farha...ely join ur segmen k
tq sebab menjemput..
hurm nak kena isi slogan ke apa ni( hehe)..let me try k.

"Cikgu Farha perlu memilih blog saya untuk direview kerana blog saya terdapat kura-kura yang sangat comel dan manja macam saya..hahah.the truth is we get to know each other coz maybe there's something valuable to share.muachh ckit, ok done."

hahah..boleh ke cengitu?? layannn saja






Love,

Ely mirasada..


25 October, 2014

"Segmen I Follow U By Blog Dieyla"


http://dieylapunyerblog.blogspot.com/2014/10/segmen-i-follow-u-by-blog-dieyla_20.html

hokess another segmen..mood tengah rajin nak bersegmen
hehehe

jom-jom klik SINI




Love,

Ely mirsada..



"Segmen Bloglist Exchange by Anne Nurain"



As salam bloggers...

jom-jom join this segment..hehe

spe nk join klik SINI

apa lagi jom join kawan-kawan muachh ckit...hee

mangsa tag:

zumal
cikmatahariku
nadirah




Love,

Ely mirsada..



23 October, 2014

SEGMEN: Kapas Putih November Bloglist



hye uolls..
hokess join another segmen..
hehe..support sesama blogger..

jom-jom sesapa nak join klik SINI




"Segmen Saya nak keychain CH #2 "



As salam blogger,

jom join this segmen..hehe..
click here to join

*nk menang keychain..pnganjur sila bg kt sy ye/ buat muka sedey :( 




Love,

Ely mirsada..

Segment Blog Review by Sally Samsaiman



Hye sally yunk..
.i join this segment
so sesape yang nak join boleh klik SINI




Love,

Ely mirsada..

20 October, 2014

REVIEW: produk catydoll yg cantik meletopp..

As salam bloggers,

Hari ni ely nak review produk catydoll..yang meletopp i like hokes..hee..

Ce tengok produk pe yg kita pakai..tadaaa..



Ni la produk catydoll yang kita maksudkan..cantik kan packaging cathydoll?serius cantik woo..
jatuh cinta pandang pertama dengan produk ni..heee.

Ok let's check out apa yang telah ku beli:

- Cathydoll bonjour perfume body lotion
- Cathydoll bonjour paris perfume gel
- Cathydoll bonjour paris luxury scrub gel
- No 1 frink all day ampoule (serum)
- Blusher..(serius packaging blusher cun gle beb..)

Memang berkesan pakai produk ni. Especially no 1 frink ampoule tu..umm love it so much.Ramai yang tegur muka nampak semakin cerah dan glowing gitu..so uolss kalau nak cantik berseri harus beli produk ni gak..( bukan paksaan..hee)

Kelebihan No 1 frink ampoule:

- Whitening
- Moisturizing
- Skin radiance enhancement
- Skin astringent
- Skin stress relaxation
- Skin suppression
- Skin elasticity
- Skin boosting
- Skin relaxibility
- Skin texture arrangement
- Sebum control



*hasil pakai No 1 frink ampoule

If uolss berminat dengan produk catyhdoll yg awesome ni..jom terjah Cathydoll or follow instagram @cathydollhouse

Jumpa lagi untuk next entry..bersama entry yg meletop layan jiwa..ahakss..




Love,

Ely mirsada..


03 October, 2014

hilang berganti...

As salam bloggers...

Pernah tak korang dengar ayat patah tumbuh hilang berganti?
hihi..macam lirik lagu pun ada kan..setelah bersedih kehilangan gio, aku mengambil keputusan untuk mencari pengganti..adoii ayat tak leh blah kan..hukhuk..

So pergilah pet shop beli sekor kura-kura..hurmm lama gak memilih sebab semua nampak kecil sangat..cam baby2 gitu..but i have to choose..so pilih rambang je.after that bayar terus bawa balik.

Aku kasi nama Nahar..cun kan nama..hee.furst time sampai rumah nahar diam je..tak bergerak langsung..makan pun tidak..tapi mujur nuhan dapat menerima kehadiran nahar.First time nahar sampai nuhan duk hidu dapat rasa kehadiran spesis dia..kelakar gak time tu.

Sekarang ni, nahar tengah biasakan diri dengan suasana baru even tidak seaktif gio namun cukup la sekadar menemani nuhan meniti hari-hari yang mendatang.Gio berlalu pergi namun ingatan terhadapnya tidak akan pernah luput.

So uolss jom tengok pic nahar...nsem tak??hehe


Pandai berposing ni kalah model..diam je bila snap gambar.Sporting nahar ni..hehe.

Ok readers...see u next entry.



Love,

Ely mirsada..


24 September, 2014

Kehilangan.....

As salam and hi...

A sad story... very sad..hukhuk..pada 15/9/14 aku telah kehilangan gio, bagi sesape yang tak tau gio adalah kura-kura peliharaan ku. Alkisahnya, seperti biasa aku bagi Gio dan Nuhan makan kat tangga luar rumah namun bila aku keluar tiba-tiba bekas makanan dah terbalik dan dioarang lesap ntah ke mana. 

Maklum la halaman  rumah luas. Cari punya cari hanya Nuhan yang ku temui...Gio memang tak jumpa..air mata tak payah cakap la memang laju je mengalir.Rasa sebak je tak tau nak fikir apa.Semua tempat aku cari celah pasu bunga, dalam longkang, stor tempat letak barang. Namun semua hampa memang tak jumpa.

Aku buntu memang tak tahu ke mana perginya Gio. Kalau gio bersembunyi di tempat-tempat yang aku cari pasti ku kan temui namun tak ada pun kelibatnya. Belakang rumah ku memang ada longkang berair dalam saluran ke septic tank..aku takut untuk membayangkan kalau dia dah dibawa arus longkang masuk septic tank memang aku tak akan jumpa sampai bila-bila lah.

Setiap hari pulang daripada kerja aku pasti akan mencari dan memanggil namanya namun hampa pencarian ku gagal.Walaupun dia hanya kura-kura tetapi dia amat bermakna buat aku..aku sangat kasihkna haiwan..I love my pets very much.

Walaupun gio tiada lagi di sisi menemani hari-hari ku namun aku masih berharap dia akan kembali kepada ku..I miss Gio so much..please come back gio..hukhuk

Kehilangan memang menyakitkan it's very hard to accept..but I can't do anything..lemah longlai je rasa..For those who have a pets..pasti memahami akan diriku ini..Gio masih kecil untuk hidup di dunia luar.Moga dia dilindungi oleh Allah selalu.amin


Love,
Ely mirsada..

08 August, 2014

Herbaline beauty house-spa

As salam..and hi..

Today I'm going to the spa..hee..speaking london pula kan.

Jom terjah apa yang menarik kat sini..actually aku kat sini sebab nak buat facial dan juga massage..

Spa ni sangat cantik and its very calm and cool..i love it..service sangat bagus dan layanan yang sangat mesra daripada staf..I 'm really comfort and so calm.

I love their 'welcoming tea' which is teh herba yang akan diberi kepada customer yang datang.

So lets see the pic..hee







Selesai sahaja buat facial dan massage, aku dihidangkn pula dengan air serai untuk buang angin.Sedap juga rasanya..

After selesai rawatan aku di hidangkan pula dengan a cup of tea and a piece of cake..Overall I'm really love this spa and their services.

So aku suggest uolls yang tinggal kat kota bharu tu jom ramai-ramai pergi dan rasai sendiri ketenangan berada di spa tersebut.

Jumpa lagi di lain entry..



Love,
Ely mirsada..



22 July, 2014

bunga api sinonim dengan raya

As salam semua....

Short update...hihi..

Biar gambar berbicara..




Alamakk.. main bunga api ke bakar bunga mamaku...hehe
jangan marah yer mama....hee

Mengalahkan budak kecik pulak aku ni kan...beriya je main..tak pe asal hati bahagia..iye ke idok? hihi

Ok la jumpa next entry,hee

Daa..daa..



Love,
Ely mirsada..

17 July, 2014

biskut raya.....yahuuuu

Salam uolss sekalian alam........hee

Hari ni nak gak update pasal biskut raya aka kuih raya..hee..al kisahnya kita dah buat biskut raya tau..even tolong-tolong jer,huahaha

Biskut pertama di panggil biskut sarang semut..nape nama biskut macam tu lu pikir sendiri..hee...janji sodapp..jom tengok cam ne rupanya telah setelah di baking oleh aku aka ely..

tadaa...



Ok next biskut kedua..di beri nama biskut nestum...hokess nestum mesti korang tahu kan..alaa yang budak dan mak budak duk makan tue..buat air pun sedap..meleleh..

Ok dah merapu..back to the biskut..mak aii speaking london pulak...hehe..

So nilah hasilnya biskut nestum yang meletopp tue..hee




So apa lagi jom makannn....hee..ehh tak boleh puasa hokes..
jangan merepek kang kena lempang..huii..jumpa lagi di lain entry.




Love,
Ely mirsada..


10 July, 2014

Segmen blogwalking by Eiqa Almond


jom join reramai....
klik SINI if nk join k

jom sama-sama memeriahkan...kedebommm
haha..

24 June, 2014

kura2 : playground for them

As salam....

What's up bloggers?? wat pe uolls..

Malam ni nak update pasal gio nuhan...act I built playground using lego for them..hee.They are really enjoy to play and lepak-lepak,haha..

Gio ni nak ambik gambar dia punyala susah..suka jalan-jalan tak duduk diam..susah nak shoot muka dia..hee..but Nuhan is cool..tak le selincah gio...so boleh shoot mukanya dengan tenang..haha

Let's see their playground...





I am really love them...dear main elok-elok ye..haha..
Ok guys see uolss next entry..



Love,

Ely mirsada..



21 June, 2014

kura-kura @gio nuhan

As salam blogers....

Hope korang sume sihat dan di limpahkan rahmat oleh Allah SWT...hee

Last entry aku ada bagi tau nak introduce my cute tortoise right? So..pada 2/3/2014 aku beli sepasang kura-kura yang dekat pet shop actually kedai tu mostly jual ikan hiasan but they also have baby tortoise.So aku decide nak beli sepasang and tauke kedai tu tolong pilihkan for me.

So belilah aku sepasang kura-kura yang sangat comel and sihat.Sekor harga rm10 but actually mahal ckit but aku tak kisah asalkan kura-kura yang aku beli ni sihat..before that aku dah pernah beli kura-kura tetapi mati sebab daripada kedai lagi memang berpenyakit.

But thanks God...yang ni sihat sangat and tak ada penyakit yang teruk setakat ni..So aku kasi nama Gio and Nuhan..yang jantan Gio yang betina Nuhan.Im really love both of them..act nama ni 'si mata koko' yang suggest..nice name right? So let getting know about Gio...hikhik..

Gio:


Gio ni kura yang pemalu..suka sembunyikan diri bila time makan..duk tempat gelap baru dia makan..kalau tempah cerah alamaknya asyik duk ketuk bekas nak panjat keluar je..hee.Gio tak makan banyak macam Nuhan..sebab tu tubuh kecik aje..alahai bila nak besar ni gio kan..aktif sangat & jalan pun laju ligat macam bola..hehe

Nuhan:


Nuhan ni memang tak seaktif gio tetapi suka makan and aku suka tengok dia makan sebab sangat berselera jer..ape kita bagi  mesti dia habis makan.Her favorite food bilis..hee.Act aku tak bagi pallet yang di jual kat kedai aku bagi ikan bilis kecik and udang kering..tu adalah makanan rutin dyorang.Now nuhan memang da chubby..hehe

Mereka adalah segalanya untuk aku..sayang sangat pada mereka and i don't know why i fall in love wif this reptilia..bagi aku spesis ni sangat cantik and they have a beatiful eyes..kura-kura ni jenis red ear slider.Act uolss jangan terkejut dyorang punye feeling tau..dyorang tau prasaan rindu kalau kita pisahkan pasangan mereka..dyorang akan jadi murung and bila ketemukan semula mereka seolah kiss antara satu sama lain.sayu and sedih je tengok..sejak hari tu aku tak berani lagi untuk pisahkan mereka.

So untuk sesape yang ada pets aku nak advise jaga dan sayangilah haiwan peliharaan masing-masing kerana haiwan juga makhluk Allah yang sama-sama berkongsi nikmat dunia yang Allah kurniakan..and i don't know why ada segelintir manusia yang suka bertindak kejam dengan haiwan.Moga orang-orang sebegitu di beri hidayah oleh Allah.aminn..

See uollss for a next entry...



love,

Ely mirsada






15 June, 2014

abc at ozarah...yummy

As salam blogger...

quick update,hihi...actually sejak dua menjak ni teringin nk makan abc or air batu campur..korang tau kan..hee

So i ajak dua membe untuk suggest tempat abc yang sedap kat kota bharu ni..so they are choose ozarah cafe...first time lepak situ...ok not bad..

Then refer to the menu i choose abc choco oreo....banyak lagi perisa lain and sorry tak ingat pe namanya...hehe..

So tadaaa here my delicious abc...







So aku pun makan la dengan puas hati,hikhik...licin beb...
ok see uolss next entry..



love,
Ely mirsada



28 May, 2014

Come Back......

Salam blogger,

Come back...itu adalah tajuk yang sesuai untuk aku,hihi...ini adalah blog baru bagi menggantikan blog lamaku iaitu elymirsada.blogspot.com yang terpaksa dikuburkan kerana ada masalah yang tak dapat dielakkan...cehh..

Blog ini khas untuk berkongsi dengan korang sume perihal kura-kura peliharaan ku yang diberi nama gio nuhan.Untuk next entry aku akan update tentang mereka , so bolehlah korang berkenalan dengan mereka,hikhik..

Blog ini masih dalam proses "make up" .hihi..sudah beberapa bulan juga aku tinggalkan dunia blog ni.kelihatannya blur sekejap,hee..

Apa-apa pun, please support me and my blog..dah lama tak terjah blog kawan-kawan yang lain.Anyway sape-sape yang kenal aku boleh say hi and drop comment here..nanti aku leh terjah korang balik yer..

Ok, see uolss next entry..



Love,
Ely mirsada..